header

header

~sharing is so simple sweet~

Analogi Kunci Kepada Kehidupan

Analogi Kunci Kepada Kehidupan
www.iLuvislam.com
ibnulatef



Dalam kehidupan ada pasang-surutnya, ada masa kita dikurniakan nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah atau ujian. Manusia yang hidup didunia ini tidak akan seorang pun akan lepas dari ujian. Kadangkala kita terlupa apakah tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa ke atas kita. Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Dengan kata lain, ada hikmahnya.

Apa yang ingin disentuh ialah salah satu cara untuk mengawal diri dari terbabas ketika menerima ujian atau musibah. Terutamanya untuk pelajar-pelajar yang mendapati kesukaran dalam pelajaran. Seperti pepatah yang mengatakan 'Langkah yang seribu, tidak akan bermula melainkan dengan langkah pertama.

Dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita boleh lihat analogi kunci. Kita diibaratkan seperti seorang yang ingin membuka sebuah pintu. Kita diberi satu gugusan kunci yang banyak. Katakanlah satu gugusan kunci mengandungi 1000 kunci. Pintu yang dikunci boleh diibaratkan dengan masalah yang hadapi. Jadi untuk membuka pintu tersebut mahu tak mahu, kita perlu mencuba satu per satu kunci dalam gugusan tersebut.

Masaalahnya disini sejauh manakah kita mampu untuk membuka tersebut tersebut sedangkan kita mempunyai segugus kunci yang mempunyai 1000 kunci? Hanya dengan keyakinan? doa? tawakkal?. Bahkan kita perlukan usaha untuk membukanya.

Keyakinan bahawa pintu tersebut akan terbuka akhirnya jika kita cuba membuka satu per satu perlu ada. Disamping itu, keyakinan bahawa Allah hanya akan melihat kepada usaha lebih dari keputusan juga perlu ditanamkan dalam hati. Usaha yang berterusan juga perlu. Tidak mudah putus asa. Tidak futur dalam perjuangan.

Kembali kembali kepada analogi tadi. Kita akan merasai susah jika kita cuba membuka pintu tersebut dengan kunci yang pertama. Tetapi perlulah diingat, semakin lama kita mencuba, insyaALLAH, semakin tinggi kebarangkalian untuk pintu itu dibuka. Manakan sama kebarangkalian untuk pintu itu dibuka apabila kunci yang pertama dibuka (1/1000), berbanding dengan kunci yang terakhir dibuka (999/1000).


Maka, ingatlah, setiap ujian dan kesusahan, jika kita mencuba secara berterusan, insyaALLAH, perkara yang kita hadapi akan menjadi lebih mudah.

Gelapnya Malam


Gelapnya Malam
www.iLuvislam.com
oleh : nursakinah

Aku merenung ke luar
gelapnya malam bagai menggamit kenangan
aku masih ingat
tak mungkin akan terlupa
pada pandangan mata seorang lelaki bergelar ayah...

Aku melihat ke langit
bintang yang berkedip
bagai mengimbau sejarah silam
terasa bagai terlihat susuk tubuh tua
yang leka bekerja
aku disini di padang sepi
tanpa senyum
tanpa tawa...

Aku memandang ke luar
sunyinya malam
bagai terasa sepinya hati si tua
bagai terasa peritnya jiwa si bapa
menanti panggilan aku...anaknya
menunggu pulangnya aku...harapannya

Kurenung langit yang gelap
cuba mencari kekuatan dalam kepayahan
cuba mencari cahaya dalam gelapnya malam
hati kecil berlagu sepi
Oh Tuhan...
ampunkan HambaMU yang terlupa
ampunkan HambaMU yang terleka
lupa pada jerih perih seorang ayah
leka dengan indahnya maya
hingga lupa pada hati seorang bapa
bahagiakan dia Ya Allah...
kerna aku tidak mampu mengesat air matanya lagi

Gelapnya malam ini
terdengar laungan keramat
membisik kata semangat
hanya doa mampu ku iringkan
untukmu wahai si tua... bergelar ayah...





Warna Kasih Buat Ibuku
www.iLuvislam.com
oleh : Kaseh

Ibu,
Disebalik gelaran itu,
Tersimpan suatu rahsia
Yang masih kurang dirungkai oleh anakmu


Ibu,
Izinkanlah aku bercerita tentang
Suka duka bersamamu...
Terlalu banyak kisah-kisah yang
Telah kulalui bersamamu.

Ibu,
segala-galanya tidak akan luput dari
Ingatanku sama sekali...

Ibu,
kau begitu istimewa
Segala jasa dan pengorbananmu
Akan kukenang
Sepanjang hayatku...

Ibu,
Tidak ternilai kasih sayang mu
mendidik dan menjagaku
Agar aku menjadi insan
yang bijak dan berguna...

Ibu,
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi
kerana aku telah dipertemukan
dengan insan
sepertimu...
Kaulah insan yang bergelar ibu..
Kau juga yang ku anggap sebagai
sumber inspirasiku

Ibu,
Aku berjanji pada diriku
Untuk menunaikan tanggungjawabku
Untuk membalas budi dan jasamu
Agar kau senang dan gembira

Ibu,
Ampunkan segala dosaku
Jika ada kesalahan
Yang aku lakukan
Sehingga akhir hayatku

Ibu,
Aku berdoa pada Ilahi
Agar ibu diberkati selalu
Supaya kau ditempatkan di syurga
Kerana aku sangat-sangat menyayangimu...

cawan atau kolam??


Hatiku Sebesar Cawan
www.iluvislam.com
akrimimathwa
Editor : arisHa27

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

izinkan mimpi berulang

zaharah muhammad,izinkan mimpi berulang,kaki novel interprise.

Tika kita membuka naskah hati yang penuh cela dan duka, Allah menutupnya dengan penuh rahsia. Tika kita menyangka bahawa kitab hidup hanyalah tulisan-tulisan luka, Allah menterjemahkannya dengan penuh hikmah dan penuh warna. Tika kita ingin mengalah dan tunduk pada malam yang gelap dan pahit, tika malam tiada bulan, tiada madu, Allah berikan sebuah rasa yang bernama 'cinta'. Mengapa kita ketepikan DIA ketika meratap dalam zikra rindu, sedang langit malam semakin cerah menunggu fajar baru??


Dalam hidup ini wahai shabatku...kita di beri masa untuk merasa dan kita akan pulang untuk dinilai dengan penuh adil dan saksama. Kerana sejauh mana kau merasa dukamu menghiris, aku telah merasakannya, dalam dan menikam ke dalam dadaku. Menusuk pedih mengatasi sendu. Sejauh mana kau merasa hidupmu sunyi dan disakiti, aku juga telah merasakan kesunyian dan pernah disakiti. Dari sejadah tempat air mata kita tumpah, aku masih menunggumu untuk bertemu di bawah teduh bayangan Kaabah. Aku akan menantimu di situ, pada ketika aku bawa kebahagiaanku dan kau bawa kebahagiaanmu....

Setiap manusia ada egonya sendiri. Dan keegoan itu buaknlah negatif semuanya. Ada keegoan yang bersifat positif bialmana keegoan itu digunakan untuk menghalang kita daripada melakukan perbuatan mungkar. Ego seorang lelaki hingga dia tidak tunduk pada godaan perempuan cantik yang datang padanya. Itu keegoan yang baik. Tanpa sedar ia melindungi seorang lelaki daripada melakukan maksiat. Ego seorang perempuan yang terasa berat untuk memberikan kemesraan terhadap seorang lelaki yang bukan muhrim. Itu keegoaan yang baik. Tanpa sedar, ia melindungi seorang perempuan daripada menjatuhkan maruahnya untuk merosakkan dirinya dan iman seorang lelaki. Namun apabila manusia dikuasai keegoaan hanya kerana tidak dapat menerima orang lain didasarkan kepada kelayakn naluri, ego itu jatuh menjadi tiada harga lagi.

Teori Evolusi Cinta


Teori Evolusi Cinta
www.iluvislam.com
by: Ustaz Hasrizal bin Jamil
editor: ibnulatef

Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.

Keras bunyinya.

Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.


‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU


Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.

Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.

Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:


7_163

“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]


Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.

Asfala saafileen,” kata al-Quran.

Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:


2_65

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]


Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.

Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.


BATAS PERGAULAN


Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:


33_53

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]


Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.

Hijab itu tafsirannya luas.

Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.


Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI!

33_53-i

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.

Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.

Tubuh kamu tidak menampakkan calar.

Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!

Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

sumber : http://saifulislam.com/?p=4749

HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa kes ela matan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1.. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, niscaya banyaklah sal ahnya. Barangsiapa yang banyak sal ahnya, niscaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, niscaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )

* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".
( Riwayat AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK BICARA TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK BICARA.

* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

antara aku dan dia dan dirimu...

Assalamualaikum WBT...okay, nmpak tjuk tu cam jiwang jerk ek...tapi sbnrnyer aku just nk cter pngalaman hdup aku time aku blaja...time aku berstatus student...maksudnyer skrang la kan...hehehehe...okay, lets start it...aku dulu, dia skarang, kamu kemudian....aku duduk, dia berdiri dan kamu terus berlari...aku senyum, dia gelak dan kamu terbahak-bahak....bile aku mula redup, dia mulalah teresak-esak, dan kamu pulak mnangis xtentu hala...kanape aku??tak dia??xpula kamu??knaper??aku keliru, dia xtau, dan kmu blurrr...hehehehe...sbnarny aku adlah aku,dia dan kamu...alamak,nak smabung lagik, tapi masa amatlah mncemburui aku, dia dan kamu...i will continue about this later on...Insyaallah...itu lah sebaik-baik janji...

permulaan,perubahan,penantian...


Assalamualaikum WBT...erm...first time aku di sini...aku adalah seorang perempuan yang biase2 aje...di lahirkan di Pahang..dan mnetap selama 17 tahun..semuanya bermula selepas SPM..aku dapat tawaran ke KMK..ya,KMK...1st time jauh dari family, mmg betul2 ajar aku utk berdikari..syukur aku amat berterima kasih dgnMU Ya Allah..jarak yg memisahkan aku dgn family membuatkan aku lbh nekad utk berjaya dan membalas semua jasa2 ayah bonda dan semua yg membantu...Insyaallah....itulah sebaik-baik janji...selain itu, aku juga semakin mencari-cari hidayahMU dlm meneruskan kehidupan di dunia yg sementara ini...tahun demi tahun meningkat, aku mengimpikan diri yg total solehah di sisiMU Ya Allah...syukur,syukur,syukur Ya Allah...khidupan swaktu aku di UTMKL lgik banyk membantu aku untuk mncari diri sendiri dlm kontek Islam yg sejati...Allah kurniakan aku shabat dunia akhirat...beliau bnyk memberi tunjuk ajar...mmg aku akui aku segan dgn beliau...bnk benda aku nk tau, tp aku malu...alhamdulillah Ya Allah, KAU permudahkan jln hdupku...KAU masih beri aku peluang utk berubah...KAU bukan shj beri aku seorang shabat, malah dua sekali gus...seorang shbt membantu diri ku sbg seorang perempuan...seorang lagi membantu aku dari segi hakikat duniawi ini, walaupun shabt yg seorang ini tdk ku kenal rupanya...tp aku selesa, dmai dn tenteram dgn nashat2 yg dtg dariny...Yg pasti dariMU Ya Allah...