Meroboh Berhala Merdekakan Jiwa
www.iluvislam.com
dihantar oleh: MarBu
Editor: ar-ruhul JADEED
www.iluvislam.com
dihantar oleh: MarBu
Editor: ar-ruhul JADEED
“Sebaik sahaja Salahuddin berpindah ke Mesir, dunia keseronokan sudah luput daripada hatinya. Dia berpaling daripada keseronokan dunia lalu memilih hidup dengan penuh pengabdian kepada Allah.” Inilah kata-kata seorang sarjana sejarah Arab, Shaddad. Beliau menyatakan bahawa satu transformasi pemikiran dan penghayatan keimanan telah menjadikan Salahuddin sebagaimana yang seluruh umat manusia mengenalinya.
Salahuddin yang digeruni lawan, dikasihi teman, dirahmati Tuhan dan ‘diazab’ oleh syaitan. Ya, Salahuddin al Ayyubi rahimahullah telah menjadi dirinya yang sebenar setelah menjalani proses tajdid ruhiyyah, akliyyah dan ilmiah. Segala macam berhala yang wujud dalam dirinya telah diruntuhkan dan dibenam ke dasar sedalam-dalamnya. Berhala materialistic, berhala individualistic, berhala hipokrasi dan berhala ‘munafikisme’.
“As’ad, ana dapat satu idea untuk membina diri manusia yang hebat.” Saya membuka bicara sewaktu sedang berehat selepas solat Isya'. “Apa dia?” As’ad bertanya ringkas. “Kita ambil pengajaran daripada peristiwa fathul Makkah. Semasa mula-mula Nabi saw memasuki Kota Makkah, baginda membersihkan kaabah daripada berhala-berhala. Kita cuba kaitkan dengan diri manusia.” Saya mengulas lebar. Beberapa hari sebelum itu, naqib usrah saya memberi nasihat bahawa kita mesti membuang berhala materialistic yang berada di dalam diri kita. Sebagaimana kita sedia maklum, terlalu banyak ibrah (pengajaran) yang boleh diambil melalui pengajian sirah termasuklah peristiwa pembukaan Kota Makkah. Pengajaran itu tidak sewajarnya hanya diambil bulat-bulat tanpa mengaitkan dengan pelbagai aspek dan cabang kehidupan kerana ibrah itu amat mahal nilainya. Tajamkan minda dalam menghayati ibrah!
Allah swt berfirman:
“Maka ambillah (Kejadian itu) untuk menjadi pengajaran wahai orang-orang yang mempunyai mata hati.” (al Hasyr: 2)
Dalam peristiwa pembukaan Kota Makkah, Imam Bukhari meriwayatkan daripada Usamah, beliau berkata: “Bahawa Rasulullah saw tidak memasuki Kaabah, selepas dikeluarkan semua patung berhala yang terdapat di dalamnya.” Jabir ra pula meriwayatkan: “Ketika Rasulullah saw tiba di Bat-ha (satu tempat di pinggir Mekah), baginda telah mengarahkan Umar ibnul Khattab supaya membuang patung berhala serta membersihkan lukisan gambar-gambar yang terdapat di dinding Kaabah.” (riwayat Abu Daud)
Rasulullah saw telah memberi arahan tegas kepada umat Islam pada waktu itu supaya membuang patung berhala dan gambar-gambar yang terdapat di dinding Kaabah termasuklah gambar nabi Ibrahim as yang entah daripada mana mereka mendapat ilhamnya. Inilah antara arahan pertama baginda saw dalam misi membangunkan Kota Makkah yang telah ditawan setelah bertahun-tahun berada di Madinah sebelum itu. Arahan membuang berhala diberikan kerana berhala merupakan salah satu elemen major dalam mekanisme syirik. Sedangkan syirik itu pula merupakan penghalang gergasi dalam membersihkan jiwa, minda dan fitrah seorang manusia. Syirik umpama akidah berkurap. Walhal, mana mungkin manusia yang mempunyai akidah yang berkurap bisa mempunyai satu pandangan alam (world view) dan universal selari dengan salah satu ciri agung Islam iaitu alamiyyah. Akidah yang jitulah yang telah menjadikan umat Islam sebagai umat yang masyhur satu ketika dahulu. Akidah yang padulah yang telah melahirkan panglima-panglima dan sultan-sultan yang disegani kawan dan lawan.

Saya tidak berminat menghuraikan lebih lanjut berkenaan peristiwa bersejarah tersebut kerana anda boleh mengikutinya dengan membelek buku-buku sirah yang banyak terdapat di pasaran. Saya cuma ingin mengaitkan upacara pembersihan Kaabah daripada berhala-berhala sebagai signifikan buat kita tentang perlunya satu upacara merobohkan berhala-berhala yang wujud dalam diri kita dijalankan secara serius. Di bimbangi, lambat laun makin banyak zuriat yang penuh dengan najis akan lahir dek kerana kesuburan berhala-berhala yang galak berasmaradana di dalam diri kita. Ya, kita wajib meruntuhkan berhala-berhala itu satu demi satu. Transformasi ke arah peningkatan iman hanya akan berlaku sekiranya kita bersungguh-sungguh melakukan usaha ini. Mujahadah yang istiqomah.
Rub’I bin ‘Amir pernah berkata: “Sesungguhnya Allah swt mengutuskan kami untuk membebaskan manusia daripada mengabdikan diri kepada sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat dan daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.” Cita-cita agung ini dinukilkan beliau sewaktu menemui panglima perang Parsi yang bernama Rustam. Hasrat ini hanya boleh tercapai apabila kita berjaya menjadi diri kita yang hakiki. Memerdekakan jasad dan ruh kita dari belenggu imperialis-imperialis curang yang bersarang dalam diri. Imperialis reality yang disangka ilusi.
World view Begin with the end in mind. Mulakan sesuatu perkara dengan titik terakhir dalam minda kita. Fikir selumat-lumatnya. Sebagai seorang muslim, sudah tentu wawasan kita ialah wawasan akhirat. Justeru, kita akan melakukan sesuatu perkara dengan memikirkan dosa pahala dan syurga neraka serta mengambil kira neraca syarak. Semua ini hanya akan bernatijah dengan akidah yang absah. “Tiada yang disembah melainkan Allah, segala urusan mestilah berpandukan perlembagaan Allah, segala rezeki ditentu dan dikurniakan Allah, hidup mati diputuskan oleh Allah dan tiada hukum melainkan daripada Allah.” Itulah tuntutan dan pengertian yang lahir daripada ikrar tauhid, ‘la ilaha illallah’. Iqrar ini boleh disebut dalam bahasa mudah pada hari ini sebagai revolutionary kerana ia mentajdid seluruh pemikiran manusia dan mengubah diri manusia itu sendiri dalam semua tindak-tanduknya.
Jika sebelum itu manusia melihat kepada nature dan segala macam benda yang disangka mempunyai kekuasaan seperti api, bukit, gunung, berhala, akal dan pelbagai lagi. Akan tetapi apabila mereka menerima ikrar ajaib ini, semua perkara bernajis tersebut ditolak secara total dan dibuat satu rombakan besar-besaran. Revolusi secara menyeluruh berlaku. Raja dalam diri manusia secara automatik akan memasuki Islam diikuti seluruh ‘rakyat-rakyatnya’ yang terdiri daripada anggota-anggota tubuh yang lain. Semuanya kini bebas daripada belenggu imperialis dan secara tidak langsung satu paradigma baru akan wujud dalam bentuk yang lebih luas. Cita-cita dan impian yang melangit seakan-akan tidak menjadi masalah kerana ketauhidan yang tulus sudah bertapak kukuh dalam diri setiap manusia. Kita meyakini bahawa seseungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Kemenangan pasti akan menemui para pencinta kebenaran!
Firman Allah:
“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jema'ah hamba-hamba-Ku, Masuklah ke dalam syurga-Ku.” (al Fajr: 27-30)
No comments:
Post a Comment