header

header

~sharing is so simple sweet~

izinkan mimpi berulang

zaharah muhammad,izinkan mimpi berulang,kaki novel interprise.

Tika kita membuka naskah hati yang penuh cela dan duka, Allah menutupnya dengan penuh rahsia. Tika kita menyangka bahawa kitab hidup hanyalah tulisan-tulisan luka, Allah menterjemahkannya dengan penuh hikmah dan penuh warna. Tika kita ingin mengalah dan tunduk pada malam yang gelap dan pahit, tika malam tiada bulan, tiada madu, Allah berikan sebuah rasa yang bernama 'cinta'. Mengapa kita ketepikan DIA ketika meratap dalam zikra rindu, sedang langit malam semakin cerah menunggu fajar baru??


Dalam hidup ini wahai shabatku...kita di beri masa untuk merasa dan kita akan pulang untuk dinilai dengan penuh adil dan saksama. Kerana sejauh mana kau merasa dukamu menghiris, aku telah merasakannya, dalam dan menikam ke dalam dadaku. Menusuk pedih mengatasi sendu. Sejauh mana kau merasa hidupmu sunyi dan disakiti, aku juga telah merasakan kesunyian dan pernah disakiti. Dari sejadah tempat air mata kita tumpah, aku masih menunggumu untuk bertemu di bawah teduh bayangan Kaabah. Aku akan menantimu di situ, pada ketika aku bawa kebahagiaanku dan kau bawa kebahagiaanmu....

Setiap manusia ada egonya sendiri. Dan keegoan itu buaknlah negatif semuanya. Ada keegoan yang bersifat positif bialmana keegoan itu digunakan untuk menghalang kita daripada melakukan perbuatan mungkar. Ego seorang lelaki hingga dia tidak tunduk pada godaan perempuan cantik yang datang padanya. Itu keegoan yang baik. Tanpa sedar ia melindungi seorang lelaki daripada melakukan maksiat. Ego seorang perempuan yang terasa berat untuk memberikan kemesraan terhadap seorang lelaki yang bukan muhrim. Itu keegoaan yang baik. Tanpa sedar, ia melindungi seorang perempuan daripada menjatuhkan maruahnya untuk merosakkan dirinya dan iman seorang lelaki. Namun apabila manusia dikuasai keegoaan hanya kerana tidak dapat menerima orang lain didasarkan kepada kelayakn naluri, ego itu jatuh menjadi tiada harga lagi.

No comments:

Post a Comment